Prestij dan prediksi AJL 31 

Setiap tahun Anugerah Juara Lagu antara medan pengiktirafan yang dinantikan penggiat seni dan penggemar muzik tanahair.

Selain mampu menjulang nama sebagai antara karyawan muzik terbaik, kemenangan di AJL seringkali membawa lesen berlagak yang terefektif dalam industri hiburan tempatan.

Berbanding pemenang Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik, AIM, pemenang AJL dilihat membawa prestij dan taraf tersendiri.

Namun begitu, pemilihan untuk siapa yang selayaknya menggungguli AJL adalah subjektif, tersendiri, dan dipengaruhi banyak faktor dalaman yang tidak diketahui umum.

Jika kategori Lagu Terbaik AIM lebih fokus serta berunsur teknikal muzik dan memerlukan si arif dan bijaksana dalam industri untuk menilai, AJL seharusnya dinilai secara lebih meluas.

Mungkin cadangan berikut boleh diaplikasikan ke arah mencari karya terbaik di kalangan terhebat.

Selain setiap lagu harus diteliti dari sudut nota lagu, melodi, lirik dan persembahan live, pemarkahan turut harus mengambilkira gubahan muzik, kesesuaian lirik dan melodi, serta keserasian vokal penyanyi dengan pembawaan senikata dan lagu.

Juga harus diambilkira, olahan kreativiti gabungan semua elemen di atas dan pengaruhnya ke atas trend muzik semasa.

Di samping itu, markah dari aspek populariti juga penting selain faktor “catchy” dan sedap didengar serta mencuri perhatian halwa telinga majoriti juri.

Paling penting, lagu terbaik AJL haruslah progresif, berevolusi dan semasa, seiring dengan peredaran zaman serta mampu membezakannya dengan pemenang-pemenang tahun-tahun sebelumnya.

Bagi menguatkan lagi penjurian, konduktor dan ahli orkestra yang terlibat dalam persembahan malam persembahan AJL, wajar diberi peluang memberi undian untuk lagu mana yang pada pengamatan mereka mengandungi ciri-ciri lagu yang sedap dan hebat. Ini kerana mereka inilah yang bergelumang meneliti nota dan kod lagu dalam satu tempoh yang tekun.

Seeloknya bagi mengelakkan bias dan pilih kasih, sekurang-kurangnya seorang juri antarabangsa perlu diletakkan bagi mengadili bahagian melodi dan gubahan.

Menyentuh mengenai edisi ke-31 yang bakal berlangsung 22 Januari 2017, jika didengar berulang kali, diamati bait-bait terperinci lagu dan lirik dan prestasi populariti, empat lagu berikut boleh dianggap pencabar terbaik untuk mengungguli AJL kali ini.

1. Selamanya Cinta


2. Di Amaran Mama


3. Setia


4. Obses


Selepas berjaya memperoleh gelaran Naib Juara pada AJL 29 menerusi lagu Masih Aku Cinta, tidak mustahil kredibiliti Shila Amzah yang mencipta sepenuhnya lagu Selamanya Cinta mampu membawanya menjuarai AJL 31.

Selain kekuatan vokal Shila dan Alif Satar, lagu berkenaan dilihat mempunyai kekuatan dalam banyak aspek khususnya gubahan, kreativiti selain bersifat progresif.

Saingan paling hampir, adalah lagu ciptaan Ajai, Di Amaran Mama nyanyian Hazama yang membawa nuansa baru dari sudut rentak melodi dan senikata yang “catchy” dan segar.

Kekuatan lagu Setia ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong juga tidak boleh disangkal, apatah lagi garapan melodi dan gubahannya yang dinamik dan terkini.

Pemenang AJL tahun lalu, Akim & The Majistret juga berpeluang mempertahankan kejuaraan menerusi kekuatan keseluruhan untuk lagu Obses.

Bagi Vokal Terbaik, pemenang dua edisi berturut-turut, Dayang Nurfaizah bakal berdepan saingan sengit dari kombinasi duet Misha Omar dan Hafiz, Shila Amzah dan Alif Satar serta Black Hanifah.

Siapakah pilihan dan jangkaan anda?

Nantikan 22 Januari depan untuk merasai bahang kehangatan AJL ke 31!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s