Gelagat comel Raja Nazira terus curi perhatian

Kalau kerabat diraja British dihiasi aksi-aksi comel Putera George, anak sulung kepada Putera William dan Catherine, kerabat diraja Malaysia pun ada.

Siapa lagi kalau bukan puteri bongsu kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara, YTM Raja Nazira Safya.

Terbaru, ketika menghadiri Istiadat Pengurniaan Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, gelagat Raja Nazira terus menjadi perhatian lensa kamera.

Aksi-aksi bersahaja, spontan Raja Nazira yang kini berusia 5 tahun itu ternyata mencuit hati netizen dan mencuri perhatian rakyat jelata.

Jom kita tengok antara gambar-gambar yang berjaya dirakam…

 
Comel sangatt kannn!! 😘😍

Yang pasti, ini bukan kali pertama keletah comel Raja Nazira berjaya dirakam, malah sejak muncul di upacara-upacara rasmi dan tidak rasmi, tumpuan kamera pasti terarah kepada Raja Nazira.

Tidak hairanlah gelagat Raja Nazira yang manja dengan ayahanda, bonda dan kekandanya sentiasa dinanti oleh rakyat jelata dan netizen.

Jom kita imbas semula kompilasi beberapa lagi gambar-gambar terdahulu Raja Nazira yang pernah viral dan menjadi bualan ramai.

Lebih menarik, ada pihak yang menjadikan gambar-gambar Raja Nazira sebagai mèmè dengan kapsyen yang lucu.


Pasti selepas ini kelibat Raja Nazira dan keluarga diraja Perak akan terus menjadi tumpuan rakyat yang menantikan gelagat comel puteri kecil itu.

Daulat Tuanku! 🙏🏼

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s