Tema Perkahwinan Arsenal, Jadi Tumpuan Media Barat

Satu majlis perkahwinan menjadi perhatian dunia gara-gara tema yang dipilih pengantin, iaitu tema pasukan bola sepak Arsenal.

Seorang pengguna Twitter dengan nama Avriesea, berkongsi beberapa keping gambar dari majlis perkahwinan berkenaan, dan ia pantas menarik perhatian.

Malah beberapa media antarabangsa, antaranya Metro UK dan Fox Sports Asia, turut melaporkan perihal perkahwinan itu dalam portal mereka.

Bukan sahaja menampilkan pengapit berpakaian jersi Arsenal, malah dekorasi majlis turut menggunakan warna asas Arsenal, iaitu merah dan putih, selain highlight perlawanan membabitkan pasukan tersebut ditayangkan di skrin besar.

Lebih menarik, sebuah replika padang bola sepak mini turut diletakkan di dalam dewan hotel, malah menu makanan yang dihidangkan juga dalam beraspirasikan Arsenal.

Melalui foto yang dikongsi, majlis perkahwinan pasangan Aqeel dan Deena itu berlangsung di sebuah hotel lima bintang di Lembah Klang, pada 2 April lalu.

Leave a comment